Tuesday, March 29, 2011

keja..keja..keja..

tiap hari keja..keja..keja... aduss.... letihnya.. keja opis nie memang meletihkan..bukan ja letih badan..letih dengan otak2 skali.. hampess..  kalau dapat orang yang tak reti wat keja.. tapi berlagak macam pandai sangat..bodoh sombong tul.. eee... geram ja aku tengok mamat nie... macam lipas kudung bila nampak boss  ada depan mata.. tunjuk  terror  la tu... tetttt..... *sha! ingat, mengata orang macam makan daging saudara sendiri* alamak!! aduss... camana lak leh lupa nie.... hikhikhik.... dah..dah.. jangan dok mengata  kat orang... untung orang tu dapat pahala...apapun MUHASABAH LA DIRI ANDA.... *ingat diri ang tu juga, sha oiii.....* :p

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke'aipan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.




p/s: sentiasa ingat mengingati..