Thursday, December 1, 2011

yang tak disangka


Salam Maal Hijrah.... sory sebab dah terlambat, apapun masih bleh ucap lagi kan...hehehe.. tetiba pagi nie aku dikejutkan oleh email dari sorang sahabat yang dia baru ja terkena serangan angin ahmar a.k.a strok. Ya Allah terkejut sangat sebab sahabat nie seorang yang aktif dalam bersukan dan mcm2lah.. tapi apa pun aku berdoa sangat moga dia cepat sembuh.. pada sahabatku sabar yea... 
aku tetiba teringat nk kongsi cita tentang penyakit nie.. meh la kita baca sesama moga kita dapat tau dari mana mai penyakit nie...
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelakidan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggikencing maniskolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu. (kredit to ms.wikipedia.org/wiki/Angin_ahmar)
disini juga aku sisipkan doa untuk penyakit angin ahmar... harap2 dapat jadikan renungan dan mungkin berguna untuk kita suatu hari nanti.